Belajar Forex Teknik Snr Klasik – Bab.8: Jenis Setup Untuk Entry

Setup teknik snr klasik ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

  1. Normal Setup
  2. Creeping Setup
  3. Blow Off Setup

Normal Setup

1). Setup ini biasanya terjadi pada pertengahan sesuatu TREND.

2). Selepas berlakunya breakout, Price retrace semula kearah Support atau Resistance yang telah di kenalpasti untuk membentuk SBR/RBS. Erti kata lain, SBR/RBS terjadi pada satu garisan yang sama dan bukannya pada satu zone.

3). Setup ini paling mudah dan senang untuk di kenalpasti.

4). Boleh menghasilkan pips yang lumayan tetapi tidak se lumayan Creeping Setup.

Creeping Setup

1). Setup ini biasanya terjadi pada permulaan sesuatu trend.

2). Selepas berlakunya breakout, Price retrace semula dan menjalar masuk (creeping) ke dalam garisan SBR/RBS yang telah di kenal pasti untuk membentuk satu zone bertindih iaitu zone SBR/RBS.

3). Biasanya setup ini akan menghasilkan pips yang cukup lumayan kerana kita masuk Post di awal trend.

4). Di sarankan untuk enter post pada 2nd retest.

Blow off Setup

1). Setup ini biasanya terjadi pada penghujung sesuatu trend.

2). Selepas berlakunya breakout, Price retrace semula tetapi tidak sampai bertemu dengan garisan Support atau Resistance yang telah di kenal pasti untuk membentuk satu GAP zone SBR/RBS.

3). Menghasilkan pips paling kurang jika di bandingkan dengan Creeping dan Normal Setup. Masa terbaik untuk close entry yang kita enter post sewaktu Creeping dan Normal Setup apabila Blow Off Setup HIT Take Profit.

4). Disarankan untuk enter post pada 2nd retest.

Leave a Comment

error: Content is protected !!