Belajar Forex Teknik Snr Klasik – Bab.7: Rule Trading

Teknik forex Snr Klasik ini mempunyai rule trading yang sangat simple dan mudah. sebelum anda melakukan sebarang trading, pastikan anda mengenal pasti arah trend.

Kenal Pasti Arah Trend

Setiap TF mempunyai Trend sendiri, pastikan kita Trade with the Trend dengan higher TF. Trading with the Trend on one TF higher akan memberikan keputusan yang baik, manakala 2 atau lebih sama Trend dgn higher TF akan memberikan pulangan yang lumayan.

Jika anda trading di TF H4, gunakan TF Daily/Weekly untuk melihat Trend

Jika anda trading di TF H1, gunakan TF H4/Daily untuk melihat Trend

Jika anda trading di TF M15, gunakn TF H1/H4 untuk melihat Trend

Enter Position, Target Profit (TP) dan Stop Loss (SL)

setelah anda memahami topik-topik diatas, kita fokus kepada setup untuk entry pula.

Setup Sell

Downtrend : Fokus sell je di SBR

Enter Post Sell : Selepas berlakunya Breakout dan membentuk New Low, biasanya Price akan retrace dan Retest beberapa kali di garisan SBR. (1st test, 2nd retest atau 3rd retest). Jika Price masih gagal melepasi SBR setelah beberapa kali mencuba (retest), ini menunjukkan SBR itu cukup kuat dan seterusnya mengconfirmkan ianya SBR yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd retest untuk enter Post.

Take Profit : Lowest point selepas Breakout (New Low / Latest Support). Anda boleh hold Post kerana kemungkinan untuk Price break Support adalah tinggi di sebabkan kita Trade with the trend. Min TP untuk CSR100 ialah 100 pips.

Stop Loss : Beberapa pips diatas SBR atau ikut Money Management yang telah anda rancang, berapa pips kah anda sangup rugi.

contoh sell setup dibawah :

Setup Buy

Uptrend : Fokus Buy je di RBS

Enter Post Buy : Selepas berlakunya breakout dan membentuk New High, biasanya Price akan retrace semula dan Retest beberapa kali di garisan RBS. (1st test, 2nd retest atau 3rd retest). Jika Price masih gagal melepasi RBS setelah beberapa kali mencuba (retest), ini menunjukkan RBS itu cukup kuat dan seterusnya mengconfirmkan ianya RBS yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd retest untuk enter post Buy

Take Profit : Highest point selepas Breakout (New High/Latest Resistance ). Anda boleh hold Post kerana kemungkinan untuk price break Resistance adalah tinggi di sebabkan kita Trade with the Trend. Min TP untuk Teknik Snr Klasik ini ialah 100 pips.

Stop Loss : Beberapa pips dibawah RBS atau ikut MM yang telah anda rancang, berapa pips kah yang anda sangup rugi.

contoh buy setup dibawah :

Entry pada 1st test boleh ke? menurut bro jgv100 anda boleh entry pada 1st, ia dipanggil risk taker trading. sebolehnya entry pada 2nd retest atau 3rd retest. lihat contoh dibawah untuk entry 1st test.

Leave a Comment

error: Content is protected !!