Belajar Forex Teknik Snr Klasik – Bab.11: Skill Yang Diperlukan Untuk Plot Snr Line Guna Price Action

Cuba mahirkan tentang price action dan permudahkan Chart untuk kelihatan lebih simple. Saya berpendapat untuk TF 4 Hr terlalu banyak garisan support n resistance yang di lukis. Kita kena fokus pada significant price action (Peaks & Troughs).

p/s : significant peaks & troughs ialah bucu-bucu (price atau chart yang berbentuk U atau V atau bahasa lain price u turn) sama di atas atau dibawah yang jelas.

Tiada specific berapa banyak kah horizontal line yang perlu di plotkan / dilukiskan pada Chart. Semuanya bergantung kepada Significant Peaks & Troughs (Price Action). bahasa mudah, Support & Resistance yang jelas dan terang.

Untuk sesuatu setup, Contohnya uptrend. Pastikan PA mesti di mulakan dengan Low (L). Kemudian cari Significant Resistance yg pertama iaitu H (high). H mungkin hanya sekali retest atau mungkin 2 dan lebih retest. Lebih banyak retest menunjukkan lebih kuat Resistance tersebut. Sampai di Resistance yang kuat biasanya Price akan membuat retracement lalu membentuk HL (higher low). Price akan cuba sekali lagi memecahkan Resitance dan sekiranya berjaya breakout biasanya ia akan membuat New High atau New Resistance iaitu HH (higher high).

Breakout ini menunjukkan Trend semasa masih berterusan atau Valid. Jika Price gagal menembusi HH, biasanya ia akan membuat retracement ke Resistance terdahulu (H). Resistance itu akan bertukar fungsi menjadi Support (RBS/ HL). Inilah yang di namakan FENOMENA ROLE REVERSAL. Di sinilah masa terbaik untuk kita intai peluang memasuki post BUY di RBS (Resistance Become Support). Sebagai filter. di nasihatkan untuk enter post pada 2nd retest di SBR.

Sekiranya Price membuat retracement tetapi tidak sampai ke garisan/zone RBS, let it be, maksudnya tiada setup CSR100 di situ. Stop loss paling afdhal di letakkan beberapa pips di bawah RBS 1st retest. Sekiranya ianya HIT Stop Loss, let it be…. hanya minima LOSS saja.

Leave a Comment

error: Content is protected !!